Musim Hujan Landa Minggu Pertama Persekolahan

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia sudah boleh menjangkakan cuaca mendung dan hujan renyai-renyai pada minggu pertama sesi persekolahan tahun ini manakala Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat akan berlaku di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang.

Jabatan Meteorologi yang mengeluarkan nasihat hujan dari peringkat kuning ke amaran hujan peringkat jingga pada Isnin berkata, hujan lebat dan sekejap-sekejap akan berlaku di Dunggun dan Kemaman, Terengganu manakala Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

"Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan rendah," katanya dalam laman web jabatan itu.

Kawasan yang turut akan terjejas akibat hujan lebat (peringkat kuning) adalah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Baru, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu); Perlis (Padang Besar, Kangar and Arau); Kedah (Baling, Sik, Kubang Pasu dan Padang Terap); dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

"Malaysia mengalami monsun timur laut sejak Oktober dan ia dijangka berterusan sehingga awal Mac," katanya.

Ribut petir dijangka berlaku sepanjang minggu di Selangor dan Kuala Lumpur manakala hujan renyai-renyai turut berlaku di negeri lain.

Sementara itu, jumlah manga banjir di pusat pemindahan di Terengganu, Kelantan dan Pahang menurun kepada 192 pada pukul 6 petang, Selasa berbanding 3,171 pada Isinin.

Laman web Majlis Keselamatan Negara (portalbanjir.mkn.gov.my) melaporkan kesemua mangsa ditempatkan di sembilan pusat pemindahan banjir di Pasir Puteh, Kelantan, Besut dan Hulu Terengganu.

16 batang jalan di Terengganu masih ditutup ekoran banjir dan dua jalan di Hulu Langat, Selangor ditutup ekoran tanah runtuh.

Bencana banjir sehingga kini meragut enam nyawa di Terengganu manakala satu di Negeri Sembilan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi mengumumkan sekurang-kurangnya 20,000 askar berada dalam keadaan sedia untuk menawarkan bantuan jika gelombang banjir kedua berlaku.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan