MTUC Seru Pekerja Utamakan Keharmonian Industri Apabila Mengundi

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Rabu menyeru 12 juta pekerja di negara ini supaya memberi keutamaan kepada keharmonian industri, kestabilan ekonomi dan politik serta kebajikan mereka apabila mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya Khalid Atan berkata sebagai kelompok masyarakat yang mempunyai jumlah anggota yang begitu ramai, pekerja perlu menunaikan hak mengundi masing-masing dengan penuh berhemat kerana keputusan pilihan raya mempunyai kesan yang amat besar terhadap masa depan mereka.

Beliau berkata golongan pekerja patut diberi pujian kerana sumbangan besar mereka dalam mewujudkan suasana industri yang amat stabil, yang sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan negara.

Keharmonian industri yang wujud ini juga membantu menarik pelabur asing ke Malaysia, yang seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat.

Khalid berkata MTUC bekerjasama rapat dengan kerajaan dan majikan dalam memelihara keamanan industri serta menyelesaikan masalah berkaitan guna tenaga secara baik.

Katanya kepimpinan MTUC bertekad untuk meningkatkan taraf hidup pekerja dan komited sepenuhnya terhadap usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

Khalid berkata walaupun masih terdapat banyak isu tertangguh, namun beliau yakin segalanya akan dapat diselesaikan hasil hubungan dan kerjasama rapat yang terjalin antara MTUC, kerajaan dan majikan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan