Lebih 70 Peratus Permohonan Sertai Khidmat Awam Daripada Kaum Cina, India

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Permohonan daripada bukan Melayu, khususnya kaum Cina dan India untuk menyertai perkhidmatan awam meningkat lebih 70 peratus pada Jun sehingga Disember tahun lepas berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam berkata seramai 11,848 pemohon Cina mendaftar dengan SPA sepanjang Jun hingga Dis lepas, iaitu peningkatan 77 peratus berbanding 6,697 permohonan tempoh sama pada 2011.

SPA menerima 21,481 permohonan kaum India tahun lepas, manakala hanya 12,009 permohonan pada 2011, iaitu peningkatan sebanyak 79 peratus, katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Mahmood berkata sebelum ini permohonan diterima dari kedua-dua kaum itu hanya sekitar dua peratus (daripada keseluruhan permohonan).

Menurut beliau, peningkatan ini adalah hasil usaha bersama jawatankuasa-jawatankuasa khas yang ditubuh bagi menarik minat pelbagai kaum menyertai sektor awam, melalui sokongan badan bukan kerajaan, persatuan dan individu.

Mahmood berkata seramai 814,659 calon mendaftar dengan SPA untuk menyertai perkhidmatan awam tahun lepas, dengan tempoh sah laku pendaftaran itu selama lima tahun berbanding sebelum ini hanya setahun.

Beliau berkata minat kaum Cina lebih tertumpu kepada mengisi jawatan dalam kumpulan A, iaitu pengurusan dan profesional dan ke atas, manakala kaum lain memohon jawatan dalam pelbagai gred.

Katanya, seramai 47,335 penjawat awam dilantik sepanjang tahun lepas dengan 33,427 Melayu, 2,630 Cina, 2,354 India dan 8,924 orang dari kaum lain termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak.

Mengenai perancangan SPA tahun ini, Mahmood berkata ia akan dibincangkan pada mesyuarat minggu depan.

"Kita mesti mempunyai strategi tertentu. Dasar kita mencari penjawat awam yang boleh bekerja dengan cepat, tepat, berintegriti, kreatif berinovasi, berfikiran terbuka, setia dan sentiasa membantu," katanya.

Beliau berkata sebanyak 132 kes tindakan tatatertib dikenakan ke atas penjawat awam tahun lepas dengan 102 kes tidak hadir bertugas, 18 kes tatakelakuan dan 12 lagi kes sabitan mahkamah. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan