Kenaikan Pangkat Anggota ATM Sedang Dilaksanakan - Panglima ATM

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Penambahbaikan perkhidmatan khususnya bagi kenaikan pangkat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kaedah 'time-based' sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2013 sedang dilaksanakan dan mendapat sambutan baik warga tentera.

Menyatakan demikian, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata ia satu lonjakan besar di mana anggota yang telah berkhidmat lima tahun ke atas tetapi masih berpangkat prebet akan dinaikkan ke lans koperal.

Manakala yang berpangkat lans koperal yang berkhidmat 10 tahun ke atas akan dinaikkan ke pangkat korporal, ujar beliau.

"Bukan kerana mereka tidak layak, mereka layak tetapi disebabkan kekangan perjawatan untuk mereka dan kenaikan pangkat tersebut setelah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti menjalani kursus dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pos Ops Wawasan sempadan Kelantan-Thailand di Rantau Panjang di sini, Rabu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lalu, mengumumkan kerajaan bersetuju meningkatkan peluang kenaikan pangkat anggota ATM melalui kaedah 'time-based'.

Zulkifeli berkata kenaikan pangkat tersebut yang akan dilaksanakan secara berterusan memberi manfaat kepada ribuan anggota tentera untuk mereka menikmati kehidupan yang lebih baik.

Beliau juga berkata mulai semalam, pegawai dan anggota tentera menerima bayaran insentif khas RM200 sebulan sebagaimana yang diumumkan dalam belanjawan tersebut.

Mengenai lawatannya ke kawasan Ops Wawasan tersebut, Zulkifeli berkata kawalan oleh anggota tentera di kawasan tersebut berjalan lancar walaupun sesetengah kawasan dilanda banjir.

Turut hadir Panglima Medan Tentera Darat Left Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Divisyen Kedua Infantri Mej Jen. Datuk Azizan Md Delin dan Panglima Briged Kelapan Infantri Brig. Jen. Datuk Mohamad Zaki Hamzah. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan