Jangan Biar Anak Tidak Belajar Di Rumah - Ali Rustam

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ibu bapa perlu proaktif memantau pembelajaran anak semasa di rumah jika mahu mereka menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau menasihati ibu bapa tidak membiarkan guru sahaja mendidik anak, sebaliknya mereka perlu sokong dan datang ke sekolah untuk libatkan diri dalam kegiatan seperti sukaneka atau aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

"Bila anak-anak habis sekolah kena tanya apa dia belajar di sekolah, kena 'check' kerja sekolah dia, jangan biar sahaja anak kita main sahaja tak belajar di rumah," katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kira-kira sejam di Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussin, Bukit Katil di sini bagi meninjau sesi baharu persekolahan di sekolah itu.

Kira-kira 200 pelajar tahun satu memulakan persekolahan mereka di sekolah itu, Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan