Guan Eng Harus Hentikan Isu Perkauman, Beri Fokus Kepada Ekonomi Dan Pelaburan Negeri

Diterbitkan: Rabu, 2 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seharusnya memberi fokus kepada pembangunan ekonomi dan pelaburan terutama ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bayan Baru, David Yim mendakwa ramai pekerja kilang di kawasan Bayan Lepas tidak menerima bonus untuk tahun 2012 berikutan prestasi perniagaan yang kurang baik.

"Ketua Menteri (Lim Guan Eng) harus memberi perhatian kepada ekonomi dan pelaburan dan bukannya bermain dengan isu perkauman untuk mengalih perhatian rakyat Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Lim dikatakan membangkitkan semula isu kalimah Allah semasa perutusan Hari Natal dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan kitab Bible bahasa Melayu menggunakan perkataan tersebut.

Yim berkata Lim sekali lagi memburuk-burukkan nama Malaysia semasa perutusan Tahun Baru 2013 baru-baru ini dengan menyatakan negara ini tidak setanding dengan negara jiran.

"Perutusan sebegini akan memburukkan nama Malaysia dan sekali gus memberi pandangan negatif kepada pelabur asing yang berminat untuk melabur di negeri ini dan Malaysia," katanya.

Yim menggesa Lim supaya berhenti memainkan isu perkauman semasa rakyat gembira menyambut perayaan utama seperti Hari Natal dan Tahun Baru yang boleh membinasakan keharmonian negara ini.

Katanya Lim seharusnya mempertahankan keharmonian bangsa yang sudah 55 tahun dibina dan mencabar beliau untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang kesal serta sedih dengan tindakan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan