TPM Hadir Rumah Terbuka Tahun Baru KPKK, PPP

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru 2013 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini.

Majlis yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.

Pada majlis itu, para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah tempatan dan diserikan lagi dengan persembahan daripada Jabatan Kesenian dan Kebudayaan KPKK dan Istana Budaya.

Timbalan Perdana Menteri dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut menyampaikan sumbangan angpau kepada penghuni rumah-rumah kebajikan orang tua dan pusat jagaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang.

Hadir pada majlis itu Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Timbalannya Datuk Maglin Dennis D' Cruz, Presiden PPP Datuk M. Kayveas, Presiden MIC Datuk G. Palanivel dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Para tetamu kehormat juga memotong kek sebagai simbolik sambutan tahun baru. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan