PRU-13: Tiada Lagi Permainan Teka-Teki

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIADA lagi permainan teka-teki apabila pilihan raya umum pastinya akan diadakan pada tahun ini.

Kehadiran tahun 2013 merupakan permulaan kiraan detik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), di mana tarikhnya menjadi perbualan hangat pemimpin politik dalam tempoh dua tahun lalu.

Dengan hanya tinggal 17 minggu saja lagi sebelum penggal Dewan Rakyat tamat pada 28 April ini, semua parti politik bersedia menghadapi pilihan raya yang dianggap paling sengit.

Tarikh pembubaran parlimen masih menjadi persoalan kepada semua dan hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Perdana Menteri sejak 2009 mengetahui bilakah pilihan raya akan diadakan.

Namun Mac dilihat sebagai waktu sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR sudah 100% bersedia menjelang penghujung Februari, ia merupakan tarikh akhir untuk menyiapkan segala persiapan untuk pilihan raya seperti menjamin penggunaan dakwat kekal buat pertama kalinya.

Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menyelesaikan lawatan kerja ke luar negara terakhir selewat-lewatnya bulan depan (Februari).

Selepas itu mereka akan berada di dalam negara untuk membuat persiapan terakhir menjelang pilihan raya, kata sumber.

Jadual perjalanan Najib ke luar negara termasuklah Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland manakala Muhyiddin akan melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS) bulan ini.

Najib pada ucapan Tahun Barunya turut menyentuh kejayaan yang dicapai kerajaan pada tahun lalu, dan ucapan itu didengar oleh 13.1 juta rakyat Malaysia yang akan keluar mengundi pada pilihan raya umum dalam masa terdekat.

"Kerajaan dan saya sendiri tidak akan mampu mengkhidmati rakyat Malaysia dengan kadar yang terbaik tanpa sokongan dan dukungan padu daripada seluruh rakyat.

"Beri kami mandat jelas dan kami berjanji untuk memenuhi kepercayaan anda dengan cara terbaik bagi membina negara Malaysia untuk semua.

"Malah buat masa ini, ia terbukti bahawa kami sudah memenuhi segala janji dan komitmen," kata Najib.

Muhyiddin dalam ucapan Tahun Barunya menggesa rakyat untuk menyokong kerajaan dalam usaha meletakkan Malaysia di landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Tahun Baru ini menjanjikan sesuatu yang menarik kerana parti itu akan berdepan pertempuran hidup atau mati.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ibu pejabat bersedia mengeluarkan arahan kepada peringkat bahagian untuk bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa saja.

"Ia seperti bersedia untuk peperiksaan; kami sudah melakukan persediaan asas dan sedang menunggu semboyan daripada Perdana Menteri," kata Setiausaha Agung MIC, Datuk S.Murugesan.

Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memasuki tahun 2013 dengan semangat yang membara.

Satu perhimpunan besar oleh Pakatan dijangka menghangatkan arena politik negara menjelang pilihan raya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan