Pihak Berkuasa Diminta Ketat Kawalan Masuk Ke Kawasan Puncak Setiawangsa

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PINDAH … Kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa yang berlaku pada Jumaat lepas menyebabkan sebahagian daripada kawasan tersebut terjejas dan penghuni kawasan perumahan serta kedai-kedai sekitarnya diarahkan berpindah ke tempat yang selamat. Kelihatan dua orang penduduk mengangkat barang-barang untuk dipindahkan dan seramai 283 penghuni diarahkan untuk berpindah.
-Foto BERNAMA
PINDAH … Kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa yang berlaku pada Jumaat lepas menyebabkan sebahagian daripada kawasan tersebut terjejas dan penghuni kawasan perumahan serta kedai-kedai sekitarnya diarahkan berpindah ke tempat yang selamat. Kelihatan dua orang penduduk mengangkat barang-barang untuk dipindahkan dan seramai 283 penghuni diarahkan untuk berpindah. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penduduk Puncak Setiawangsa di sini yang kediaman mereka terjejas ekoran kejadian tanah runtuh Jumaat lepas, meminta pihak berkuasa memperketatkan kawalan masuk orang awam ke kawasan perumahan yang dikosongkan itu kerana bimbang berlaku kes kecurian.

Anggota Parlimen Rompin Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, antara penduduk yang terjejas dalam kejadian itu, berkata walaupun setakat ini tiada laporan mengenai kes curi, namun langkah itu wajar diambil bagi mengelak kes kecurian seperti yang dikatakan berlaku pada tragedi sebelum ini contohnya di Bukit Antarabangsa kira-kira empat tahun lepas.

Dr Jamaludin yang juga Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat berkata penduduk mendapat maklumat terdapat sebuah lori yang mencurigakan cuba memasuki kawasan tersebut malam Isnin.

"Kononnya diarahkan oleh pemilik rumah untuk memindahkan barang, apabila diminta pengesahan pemandu lori tersebut tergesa-gesa meninggalkan kawasan itu," katanya dalam sidang media di kawasan bencana itu, Selasa.

Dr Jamaludin berkata beliau telah menyuarakan kebimbangan pemilik rumah itu kepada perhatian Ketua Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur, SAC Wan Abd Bari Wan Abd Khalid.

Beliau juga meminta pemilik rumah yang ingin memindahkan barangan peribadi atau harta benda mereka menggunakan orang tengah supaya memaklumkan kepada pihak berkuasa jenis dan nombor pendaftaran kenderaan yang akan digunakan supaya tidak wujud kesangsian.

"Jika hendak lebih selamat, pemilik rumah datang sekali bersama orang tengah jika ingin memindahkan barangan peribadi atau harta benda mereka,"katanya.

Benteng konkrit yang dibina di lereng bukit setinggi 50 hingga 60 meter runtuh pada kira-kira pukul 10 malam Jumaat lepas, menjejaskan beberapa buah banglo di kawasan Puncak Setiawangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan