Memorandum Tanah Runtuh Di Setiawangsa Ke Kabinet Sebelum Rabu Depan

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu memorandum akan dihantar ke Kabinet bagi tindakan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa sebelum Rabu minggu hadapan.

Anggota Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata memorandum tersebut dibuat bersama Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM), Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak pemaju perumahan.

"Kami baru sahaja membincangkan dua aspek yang diberi perhatian iaitu daripada segi teknikal yang perlu diambil untuk menentukan kawasan ini selamat dan juga kebajikan penduduk di kawasan ini.

"Keselamatan dan kebajikan penduduk amat penting bagi mengelakkan kejadian yang buruk berlaku dan keadaan tanah," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Beliau berkata kejadian tanah runtuh tersebut merupakan satu kes bencana alam dan memohon kerajaan memberi bantuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. "Kita akan mengadakan taklimat harian untuk penduduk di Dewan Masyarakat di Taman Setiawangsa agar kita dapat maklumkan keadaan semasa termasuk sebarang keputusan yang diambil," katanya.

Pihaknya akan sentiasa mengemas kini tindakan susulan dan gambar terkini dalam portal MySetiawangsa.net.

Sementara itu, Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata cadangan untuk mengutarakan memorandum tersebut akan dibuat kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Menteri Kerja Raya agar kerajaan mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.

"Pada masa ini kita akan lengkapkan cadangan memorandum tersebut termasuklah jumlah pampasan," katanya.

Beliau berkata semua rumah di Puncak Setiawangsa telah dikosongkan atas arahan pihak polis, IKRAM dan DBKL sehingga keadaan menjadi lebih stabil.

"Kita juga perlu kekalkan keselamatan, oleh itu semua penduduk di atas puncak dan rumah kedai di Bukit Setiawangsa dikosongkan supaya tidak ada kemalangan jiwa yang akan berlaku seandainya ada runtuhan lagi," katanya.

Katanya, mungkin akan ada tindakan teknikal yang melibatkan rekaan semula di cerun tersebut, namun semua itu akan ditentukan oleh pihak yang terlibat.

"Kita perlu tunggu keputusan bencana alam ini daripada Kabinet," katanya. --BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan