Banjir Di Terengganu Makin Pulih, Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Kekal - Berita Semasa | mStar

Banjir Di Terengganu Makin Pulih, Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Kekal

Diterbitkan: Selasa, 1 Januari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu menunjukkan pemulihan petang ini dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan mencatat penurunan berbanding pagi Selasa.

Jumlah mangsa banjir di 25 pusat pemindahan banjir di negeri itu menurun kepada 1,009 orang sehingga 4.30 petang ini berbanding 1,466 pagi Selasa.

Menurut portal banjir negeri, empat daerah terlibat dengan banjir iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Besut mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 757 orang, diikuti mangsa banjir di Setiu (114), Hulu Terengganu (105) dan Kemaman (33) melibatkan keseluruhan 258 keluarga.

Besut membuka 15 pusat pemindahan banjir dan diikuti, Setiu (lima) Hulu Terengganu (empat) dan Kemaman (satu).

Korban mangsa banjir masih kekal enam orang di Terengganu.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di jajahan Pasir Puteh kekal 35 orang daripada 10 keluarga.

Menurut portal banjir negeri itu, seramai 20 orang dari enam keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil dan 15 orang lagi daripada empat keluarga di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang, Pasir Puteh.

Seramai 17 orang daripada empat kelurga dari jajahan Kota Baharu yang dipindahkan malam tadi, juga masih ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, di Kota Baharu.

Bacaan paras air di beberapa batang sungai utama masih di paras berjaga-jaga dan ketika ini hujan renyai-renyai. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan