Tembok Berisiko Tinggi Akan Diperiksa

Diterbitkan: Isnin, 31 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika persoalan mengenai kestabilan benteng penahan di negara ini dibangkitkan, pihak berkuasa berkerja keras bagi memastikan keselamatan diberi keutamaan.

Selepas runtuhan benteng mengejutkan berlaku di kawasan mewah Bukit Setiawangsa di sini pada malam Jumaat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengeluarkan peta bencana bagi mengenal pasti kawasan tanah tinggi di Lembah Klang yang berisiko untuk didiami.

Satu jawatankuasa khas di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), telah dibentuk oleh kerajaan untuk memantau perkembangan kawasan bukit di seluruh negara.

Dalam pada itu, golongan pakar terus memperjelaskan dari segi teknikal dan isu-isu berkaitan benteng penahan.

Pakar pembangunan tanah Dr Tew Kia Hui berkata membina struktur seperti itu di sepanjang lebuh raya di mana tidak terdapat tekanan pada tanah tidak menjadi kesalahan.

Beliau berkata benteng seperti itu dibina untuk mengawal hakisan pada cerun dan dengan campuran pasir, simen dan batu dengan air.

"Bagaimanapun, benteng tersebut tidak boleh digunakan untuk cerun yang terlalu curam atau melebihi 45° dan tanah yang mempunyai beban seperti bangunan di atasnya," katanya kepada The Star.

Dr Tew mencadangkan projek cerun bukit sedia ada yang menggunakan benteng 'shotcrete' harus mempunyai pengesahan siasatan tanah untuk menentukan jika terdapat lubang pada cerun untuk mengelakkan tanah runtuh.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan