Larian Tahun Baru 1Malaysia Capai Matlamat

Diterbitkan: Isnin, 31 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Larian Tahun Baru 1Malaysia yang diadakan pada Isnin berjaya mencapai matlamatnya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, walaupun larian itu diadakan pada hari bekerja tetapi ia tetap mendapat sambutan 10,000 peserta yang sanggup datang dari jauh termasuk Pulau Pinang dan Johor.

"Melihat kepada pelbagai bangsa termasuk dari kaum minoriti yang menyertainya, ia sebenar telah mencapai semangat 1Malaysia dan menceriakan kemasukkan tahun baru 2013," katanya kepada pemberita selepas larian itu tamat di Dataran Merdeka, Isnin.

Menurut Rais acara larian itu mungkin akan dijadikan acara tahunan kementerian selaras dengan usaha memupuk semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat.

Rais dan isteri, Datin Seri Masnah Rais turut menyertai acara itu yang bermula sejak 7.30 pagi dan tamat menjelang tengahari.

Program larian yang menawarkan hadiah bernilai RM51,000 itu melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat terutama generasi muda.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang akan disempurnakan Rais sempena Program Ambang Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, 8 malam Isnin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan