Kerja-Kerja Meroboh Di Bukit Setiawangsa Bermula

Diterbitkan: Isnin, 31 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pihak kontraktor melihat rumah yang musnah akibat runtuhan tembok penahan hakisan sebelum kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan dilakukan di Puncak Setiawangsa, Isnin. -fotoBERNAMA
Pihak kontraktor melihat rumah yang musnah akibat runtuhan tembok penahan hakisan sebelum kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan dilakukan di Puncak Setiawangsa, Isnin. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja meroboh telah bermula di kediaman No.39 yang terletak di tepi benteng yang runtuh di Bukit Setiawangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa kerja-kerja bermula pada pukul 10 pagi Isnin dan sedang diselia oleh pemaju I & P Group Sdn Bhd.

"Kren telah dibawa ke tapak dan kerja merobohkan akan dilakukan secara perlahan-lahan bermula dari bumbung dan ke bawah," kata Othman.

Beliau menambah kain kanvas hanya boleh digunakan pada bahagian keretakan kritikal selepas kerja-kerja merobohkan selesai.

Beliau berkata tujuh banglo lain yang berdekatan masih diklasifikasikan sebagai "tidak selamat" dan berada dalam risiko roboh jika siasatan oleh Jabatan Kerja Raya memikirkan ia perlu.

"Pergerakan tanah dikesan masih berlaku oleh pihak berkuasa dan sebarang kerja perobohan akan mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan untuk mengurangkan risiko keruntuhan lanjutan," katanya.

Mengenai keselamatan 58 rumah teres lain dan 13 lot kedai yang telah dipindahkan, Othman berkata anggota polis, Rela dan JPAM telah melaksanakan rondaan yang kerap untuk memastikan tidak berlaku rompakan.

"Bilangan penduduk yang telah dipindahkan kini 283," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan