Benteng 60m Di Bukit Setiawangsa Tertinggi Dalam Bandar

Diterbitkan: Isnin, 31 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Benteng penahan di Bukit Setiawangsa adalah yang tertinggi dalam kumpulan benteng seumpamanya di ibu kota.

Pengarah Jabatan Kerja Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Tan Keng Chok berkata berdasarkan garis panduan semasa, benteng tersebut adalah "terlalu tinggi" dan tidak akan dibenarkan pada masa sekarang.

Beliau berkata garis panduan hanya membenarkan benteng seperti itu dibina untuk ketinggian 36 meter. Jika melebihi ketinggian itu, ia dianggap berbahaya.

"Benteng di Setiawangsa menjangkau 60 meter dan adalah yang tertinggi yang pernah dibina di bandar. Itulah sebabnya jalan itu dinamakan Puncak Setiawangsa untuk mencerminkan ia sebagai puncak gunung," katanya, Ahad.

Ditanya sama ada kekurangan penyelenggaraan adalah salah satu punca keruntuhan, Tan berkata: "Garis panduan hari ini memerlukan program penyelenggaraan yang ketat dan berkala. Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) masih dalam proses untuk mengetahui apa yang telah menyebabkan benteng ini runtuh dan kita tidak akan membuat spekulasi," katanya.

Tan berkata pihaknya telah cuba untuk mengenal pasti kawasan-kawasan lain dengan benteng yang serupa yang mungkin berisiko.

Beliau menambah benteng jenis 'shotcrete' lain yang terdapat di dalam bandar terletak di Sri Hartamas dan Taman Esplanade, Bukit Jalil.

"Kedua-duanya agak rendah dan tidak membimbangkan. Yang lain kebanyakannya diperkukuhkan dengan konkrit dan tetulang."

"Pada masa lalu, kita tidak mempunyai rekod di mana letaknya tembok seperti ini. Pemaju membina dan menyelenggarakannya. Tetapi selepas insiden terbaru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan lebih memberi perhatian terhadapnya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan