Waktu Melawat Pesakit Di Hospital Terengganu Dilanjutkan

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah memutuskan jadual waktu melawat pesakit di hospital-hospital negeri ini dipinda kepada tempoh masa yang lebih lama terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Pengarahnya Dr Anwa Sulaiman berkata, mulai 1 Januari ini bagi hari Ahad hingga Khamis sesi lawatan tengah hari akan bermula 12 tengah hari hingga 2 petang di mana sebelum ini ia bermula 1 tengah hari hingga 2 petang manakala bagi sesi petang tidak berubah mulai 5 petang hingga 7 malam.

Katanya bagi hari Jumaat, Sabtu dan cuti umum pula sesi tengah hari bermula 11 pagi hingga 2 petang manakala sesi petang mulai 4 petang hingga 7 malam.

Sebelum ini ia bermula pada 5 petang hingga 7 malam.

"Perubahan jadual lawatan itu antara tiga jam dan empat jam lebih panjang daripada sebelum ini dibuat sesuai dengan saranan Menteri Kesihatan supaya waktu melawat semua hospital disemak semula. Ia juga bersesuaian dengan permintaan masyarakat supaya diberi waktu melawat yang lebih panjang terutama hujung minggu dan cuti umum.

"Waktu melawat yang panjang itu juga dapat mengurangkan kesesakan pelawat bertumpu ke hospital-hospital dan ia juga boleh mengurangkan masalah kesesakan tempat letak kereta terutama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya pada majlis penyerahan kutipan derma Tabung Kemanusiaan Gaza anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKES) JKNT bernilai RM44,476.70 kepada wakil Media Prima di sini, Ahad.

Dr Anwa juga berkata bagi pelawat yang ingin melawat pesakit kritikal, ia terpulang kepada budi bicara pihak hospital untuk melawat di luar waktu yang ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, mereka perlu mendapat pengesahan Ketua Jururawat yang bertugas terlebih dahulu sebelum pihak pengawal keselamatan dan petugas wad membenarkan mereka masuk melawat dengan memberi pas lawatan khas.

Katanya sekiranya ada pesakit yang sedang diberi rawatan atau menjalani prosedur tertentu oleh petugas wad atau aktiviti ronda wad oleh pakar atau pegawai perubatan masih belum selesai, maka pelawat kes berkenaan diminta menunggu terlebih dahulu sehingga aktiviti berkenaan selesai.

Dr Anwa berkata, dengan adanya kelonggaran masa melawat itu ia diharap dapat memberi ruang lebih lama untuk melawat pesakit di wad dan dalam masa yang sama mereka perlu bekerjasama dengan petugas di wad supaya proses rawatan pesakit tidak terganggu.

Namun begitu, katanya, secara dasarnya kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit di hospital sebagai langkah pencegahan untuk mengelak risiko jangkitan berbanding orang dewasa. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan