Peruntukan RM226 Juta Kepada GiatMara Tahun Depan - Hasan

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM226 juta tahun depan kepada GiatMara, agensi latihan di bawah kementerian itu, untuk belanja mengurus 231 pusat latihan di seluruh negara termasuk ibu pejabat.

Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata kementerian itu juga menyediakan RM10 juta tahun depan pada menjayakan program inkubator, iaitu untuk lepasan GiatMara yang cenderung ke arah menjadi usahawan.

"Bagi Negeri Sembilan, RM390,000 pada 2013 untuk program inkubator bagi seramai 60 orang lepasan GiatMara yang masing-masing akan menerima peruntukan bernilai RM6,500.

"Di Parlimen Kuala Pilah sahaja sejumlah RM117,000 akan diperuntukkan untuk menjayakan program inkubator pada tahun depan" katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi GiatMara Negeri Sembilan sesi Januari dan Julai 2012 di sini, Ahad.

Hasan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah berharap menerusi program inkubator, para peserta akan mendapat manfaat membantu mereka memulakan perniagaan.

Beliau berkata mereka yang menyertai program inkubator perlu berusaha memajukan perniagaan manakala pihak Mara bersedia membantu memberi pinjaman.

Program inkubator adalah pakej latihan menjadi usahawan merangkumi bantuan modal mula, mengadakan premis, peralatan, memberi bimbingan dan pendedahan kepada perniagaan dan keusahawanan.

Setiap peserta menerima RM6,500 termasuk RM1,500 bantuan latihan dan kursus pembangunan usahawan teknikal, RM1,000 bantuan modal dan premis manakala selebihnya (RM4,000) bantuan peralatan serta mesin.

Hasan berkata sehingga kini GiatMara memberi latihan dan kemahiran kepada seramai 239,282 orang pelatih di bidang masing-masing.

"Ramai bekas pelatih berjaya menjadi usahawan melalui kemahiran yang mereka peroleh. Kejayaan ini menyebabkan GiatMara diberi kepercayaan menjadi hub pembangunan perniagaan di luar bandar selaras dengan keperluan masyarakat setempat," katanya.

Pada majlis itu seramai 315 orang pelatih GiatMara dari seluruh negeri yang telah menamatkan latihan menerima sijil mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan