Perkasa Terengganu Serah Memorandum Desak Hadi Tarik Balik Amanat

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu pada Ahad menyerahkan memorandum meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Penerangan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah pada kira-kira 11 pagi ini di Pejabat PAS Negeri Terengganu di sini.

Ketua Wira Perkasa Terengganu Ahmad Suhaimi Rafii berkata memorandum itu antara lain mendesak Abdul Hadi memohon maaf dan menarik balik amanah itu yang didakwa telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

"Kami mendesak agar Datuk Seri menarik balik amanat yang telah dikeluarkan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas segala perkara yang terjadi akibat amanat tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan