Pergerakan Tanah Dikesan Di Benteng Runtuh Di Bukit Setiawangsa

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa terus mengesan pergerakan tanah di cerun di mana berlakunya runtuhan benteng di Bukit Setiawangsa pada Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata polis menerima laporan pergerakan tanah daripada pemaju benteng, I & P Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Walau bagaimanapun, tidak timbul kebimbangan dan keadaan adalah selamat," katanya kepada pemberita.

Pihak berkuasa juga telah diberikan kebenaran untuk merobohkan rumah yang terletak di tepi benteng yang runtuh untuk mengelakkan gangguan pada tanah berterusan.

Sehingga petang Ahad, sejumlah 234 orang daripada 87 keluarga telah berpindah keluar dengan barang-barang mereka.

Supt Othman berkata peniaga di kedai-kedai berhampiran benteng yang runtuh juga telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Tujuh buah banglo, 54 rumah teres dan 13 rumah kedai terjejas akibat tanah dan benteng yang runtuh.

"Penduduk telah bekerjasama sepenuhnya dengan polis," Supt Othman memberitahu sidang akhbar.

"Keluarga terjejas yang terdiri daripada 234 orang juga selamat," katanya.

"Kami sudah bersedia membantu penduduk yang seharusnya memerlukan bantuan terutama dalam memindahkan barang-barang mereka," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan