Penduduk Kampung Durian Telur Terputus Hubungan Jambatan Runtuh - Berita Semasa | mStar

Penduduk Kampung Durian Telur Terputus Hubungan Jambatan Runtuh

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Lebih 200 penduduk di Kampung Durian Telur, Hulu Besut, dekat sini terputus hubungan sejak seminggu lepas apabila satu-satunya jambatan di alur Sungai Besut yang menghubungkan kampung itu ke pekan Pasir Akar runtuh akibat hakisan tebing selepas banjir.

Berikutan jambatan sepanjang 25 meter itu runtuh, penduduk terpaksa meredah alur sungai itu jika perlu pergi ke Pasir Akar atau Jerteh.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad ketika dihubungi hari ini berkata jambatan itu akan dibaiki secepat mungkin.

Katanya beliau akan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan supaya jambatan konkrik dibina bagi menggantikan jambatan itu yang diperbuat daripada "pembetung simen".

Beliau berkata jambatan berkenaan amat penting kepada penduduk untuk membawa hasil pertanian ke pekan Pasir Akar. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan