MKN Banci Harta Benda Rosak Kerana Banjir Di Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan akan melancarkan gerakan banci untuk mengetahui kerosakan harta benda akibat banjir yang melanda Kelantan minggu lepas.

Setiausaha MKN Kelantan, Rosle Mamat berkata mereka yang mengalami kerosakan tanaman boleh membuat aduan di Pejabat Pertanian manakala kerosakan harta benda pula dilaporkan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

"Borang aduan mereka akan dihantar ke Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan bantuan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian beg sekolah kepada 100 murid di Sekolah Kebangsaan Kubang Telaga di sini Ahad.

Majlis tersebut disempurnakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Jelawat, Datuk Dr Ilias Hussin.

Rosle berkata satu mesyuarat khas akan diadakan di Kota Baharu hari ini membincangkan banci itu dan bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir yang dipindahkan.

Katanya, pihak MKN akan berusaha menyerahkan bantuan RM500 itu secepat mungkin bagi meringan beban keluarga terbabit terutama ketika sesi persekolahan akan bermula sedikit hari lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan