Misi Kemanusiaan 'Aqsa2Gaza' Ke-12 Salur Bantuan RM1 Juta

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pertubuhan misi bantuan kemanusiaan Aqsa Syarif akan membawa masuk 25 buah trak dengan muatan makanan, bahan binaan dan ubat-ubatan berjumlah RM1 juta untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Gaza pada bulan depan.

Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza ke-12 bermula 2 hingga 10 Januari ke negara bergolak itu akan disertai 14 sukarelawan, termasuk beberapa selebriti tempatan dan sembilan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Mesir.

"Sebanyak 25 buah trak ini akan memasuki Gaza melalui pintu Rafah, Mesir membawa bahan binaan dan makanan yang berjumlah RM700,000 serta RM300,000 ubatan untuk disalurkan kepada penduduk Gaza," katanya kepada pemberita ketika ditemui di gerai Aqsa Syarif sempena Twins of Faith Family Festival anjuran Mercy Mission di sini Ahad.

Dr Hafidzi menyifatkan konvoi kali ini merupakan antara terbesar pernah dikendalikan Aqsa Syarif yang akan membawa masuk bahan binaan untuk membaik pulih rumah penduduk Gaza.

"Sepanjang tahun ini, Aqsa Syarif telah membiayai pembinaan semula 40 buah rumah yang rosak akibat diserang dan rumah penduduk miskin di Gaza," katanya.

Sementara itu, Dr Hafidzi berkata selebriti yang akan menyertai Aqsa Syarif ke Gaza ke-12 ini termasuk pakar psikologi, Prof. Datuk Dr. Mohamad Hatta Shahrom yang akan melakukan Program Psikologi Sosial bersama Pusat Kebajikan Palestin untuk para doktor dan pegawai perubatan menangani tekanan selepas perang.

Beliau menjangka konvoi kali ini tidak akan menghadapi sebarang kesulitan untuk memasuki Gaza berikutan sekatan di pintu Rafah kini dikatakan agak longgar.

"Kita berharap bahan-bahan yang bakal dibawa ini dapat masuk ke Gaza agar bantuan dapat disalurkan kepada penduduk Gaza yang memerlukannya," katanya.

Dr Hafidzi berkata Aqsa Syarif telah berjaya mengumpulkan RM5 juta yang disumbangkan hasil kutipan derma masyarakat sejak 14 November lalu.

"Sumbangan ini menunjukkan sokongan dan harapan rakyat Malaysia untuk membantu penduduk Gaza yang ditindas dan dizalimi rejim Zionis," katanya.

Sementara itu, Dr Hafidzi berkata misi kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza kali ke Ke-13 akan bertolak pada 15 Jan nanti yang akan disertai pasukan fotografi untuk projek "Aqsa To Gaza: Lensa Gaza".

Selain itu, beliau berkata ahli akademik seperti bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin juga akan menyertai misi tersebut dan dijangka membuat pembentangan kertas kerja di Islamic University of Gaza. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan