Mangsa Banjir Di Terengganu, Kelantan Kini 913 Orang

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan beransur pulih dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun kepada 913 orang setakat 5 petang ini berbanding 3,171 pagi Ahad.

Menurut portal banjir negeri, dua daerah yang masih menghadapi banjir ialah Dungun dengan jumlah mangsa seramai 543 orang dan Kuala Terengganu 119 orang.

Menurut portal itu, satu daripada tujuh daerah yang mengalami banjir telah pulih dengan daerah terbaru Kemaman apabila mangsa banjir di daerah itu dibenarkan pulang tengah hari, Ahad.

Sementara itu, enam pusat penempatan masih beroperasi iaitu Dungun (lima) dan Kuala Terengganu (satu).

Jumlah korban banjir masih lagi enam orang di Terengganu sehingga petang, Ahad.

Di KELANTAN, mangsa banjir yang dipindahkan di Tumpat kini menurun kepada 251 orang berbanding 1,983 orang pagi, Ahad.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu jauh menyusut berbanding lebih 500 orang pada sebelah pagi.

Mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan 2 yang terdiri daripada 74 buah keluarga.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat mangsa banjir tengah hari tadi dan menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada mereka.

Sungai Golok di Rantau Panjang kini telah surut kepada paras amaran.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat bencana alam itu di Kelantan.

Pada keseluruhannya, keadaan cuaca adalah baik. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan