Jenis Benteng Tidak Sesuai Punca Benteng Di Bukit Setiawangsa Runtuh - Pakar

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian daripada benteng bukit di Bukit Setiawangsa telah runtuh akibat hakisan tanah.
Sebahagian daripada benteng bukit di Bukit Setiawangsa telah runtuh akibat hakisan tanah.

KUALA LUMPUR: Kejadian benteng runtuh di Bukit Setiawangsa berkemungkinan besar disebabkan penggunaan kaedah perlindungan cerun yang tidak sesuai digunakan untuk jenis bukit, menurut pakar.

Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata benteng yang digunakan untuk melindungi cerun yang dikenali sebagai dinding "shotcrete" menghalang air daripada memasuki tanah.

"Bagaimanapun, air masih boleh meresap ke dalam cerun melalui kawasan-kawasan yang tidak dilindungi benteng tetapi benteng itu juga menghalang air daripada mengalir keluar.

"Dalam erti kata lain, air boleh mengalir masuk tetapi tidak mengalir keluar.

"Apabila ini berlaku, tekanan air bawah tanah meningkat dan akan memecahkan benteng serta menyebabkan tanah runtuh," katanya ketika dihubungi.

Dr Tajul yang mengajar geologi, berkata dinding 'shotcrete' juga tidak berkesan dipasang pada batu 'metamorphic' di Bukit Setiawangsa kerana ia tidak cukup kuat.

"Perlindungan cerun yang sesuai untuk batuan seperti itu haruslah sesuatu yang telap air dengan jejaring dawai dinding yang mempunyai kekuatan tegangan tinggi.

"Kaedah ini membolehkan air meresap dan mengalir keluar dan tumbuh-tumbuhan boleh tumbuh untuk mencegah hakisan," katanya.

Dr Tajul berkata penggunaan dinding 'shotcrete' yang tidak wajar digunakan pada tempatnya adalah perkara biasa di Malaysia.

"Benteng 'shotcrete' sepatutnya hanya digunakan untuk cerun granit yang kukuh.

"Walau bagaimanapun, ia biasa digunakan kerana harganya tiga hingga empat kali lebih murah daripada benteng dinding telap," kata Dr Tajul.

Beliau menambah cerun Bukit Setiawangsa dipotong terlalu tinggi dan curam pada 60° dan rumah-rumah dibina terlalu dekat dengannya.

Pakar pembangunan tanah Dr Tew Kia Hui berkata dinding 'shotcrete' direka untuk mencegah hakisan tetapi tidak boleh dibina di kawasan-kawasan dengan bentuk muka bumi tidak stabil.

"Benteng tersebut tidak dapat menahan beban berat di atas tanah, "katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan