Dokumen Pinjaman Seragam Lindung Kepentingan Pembeli Rumah - Fomca - Berita Semasa | mStar

Dokumen Pinjaman Seragam Lindung Kepentingan Pembeli Rumah - Fomca

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyeragaman dokumentasi perjanjian pinjaman perumahan akan dapat memberi mekanisme perlindungan kepada peminjam, kata Setiausaha Agung Gabung Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj.

Beliau berkata penggunaan bahasa yang mudah dalam dokumen mampu meningkatkan kefahaman peminjam berbanding bahasa peguam yang diguna pakai sebelum ini yang menimbulkan masalah kepada pembeli rumah.

"Biasanya pengguna jarang baca perjanjian kerana bahasanya yang kompleks selain dokumen perjanjian tebal seperti buku kamus dan bila dibaca jarang kita memahami kandungannya.

"Ada terma yang kita faham sekalipun agak susah nak minta pihak bank tukar (terma). Apabila diseragamkan ia akan memberi perlindungan asas sebagai jaminan bahawa kepentingan kita (peminjam) dijaga," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas pengumuman Bank Negara Malaysia dua hari lepas menghendaki institusi perbankan menerima pakai dokumentasi standard bagi perjanjian pinjaman perumahan konvensional dan pembiayaan rumah jumlah pokok RM500,000 ke bawah, mulai 1 Januari ini.

BNM memperkenalkan peraturan itu kerana peminjam sebelum ini sukar memahami terma kontrak berikutan huraian dan syarat utama yang berbeza-beza dalam dokumen perjanjian bank selain bahasa yang tidak jelas dan terlalu kompleks.

Selvaraj berkata langkah pihak BNM itu tidak akan memberi impak secara terus kepada sektor perumahan negara, namun ia memberi impak perlindungan cukup besar kepada pengguna. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan