Bekalan Air Terputus: Kerajaan Selangor Tidak Dapat Terima Alasan Syabas

Diterbitkan: Ahad, 30 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka Iskandar A. Samad berkata kerajaan negeri tidak dapat menerima alasan yang diberikan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berhubung bekalan air terputus di kawasan Kuala Lumpur dan Gombak sejak pagi Sabtu.

Katanya hampir keseluruhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka memerlukan bantuan air lori tangki tetapi sehingga malam Sabtu, tiada bantuan yang sampai.

"Saya tidak boleh terima alasan 'booster pump' (rumah pam) di Wangsa Maju rosak. Kenapa tidak ada 'spare'? Kenapa perlu berhari-hari untuk baik pulih?," katanya melalui satu kenyataan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), dekat sini, Ahad.

Kenyataan itu menyebut flat Pandan Jaya, rumah teres Pandan Jaya, Taman Bakti, Taman Dagang, Taman Cempaka, Kg Pandan dan Taman Cahaya sebagai antara kawasan yang memerlukan bantuan.

"Paling teruk di Pangsapuri Seri Cahaya dan rumah teres Taman Bakti yang ada majlis kenduri kahwin," katanya.

Iskandar yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor berkata lori tangki yang dihantar juga tidak mencukupi dan menyeluruh.

"Saya telah minta jadual penghantaran tanker (lori tangki) daripada Syabas supaya saya dapat beritahu (penduduk). Supaya mereka tidak tertunggu-tunggu tetapi tiada respons daripada Syabas," katanya.

Beliau berkata kejadian ini menyokong pendirian kerajaan Selangor supaya industri air distruktur semula dan diuruskan kerajaan sendiri.

Pada Sabtu seramai 89,760 pengguna air di 82 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai pukul 8 pagi ekoran kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa Maju pada Jumaat.

Syabas, ketika dihubungi menjelaskan pihaknya belum dapat menjangkakan bila gangguan berkenaan akan pulih sepenuhnya.

Menurut Syabas, rumah pam Wangsa Maju menghadapi masalah teknikal kerana beroperasi secara melebihi kapasiti bagi menampung permintaan bekalan air daripada pengguna Kuala Lumpur dan Gombak.

iklan

Video

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan