Penduduk Bukit Setiawangsa Dipindahkan Ekoran Benteng Konkrit Runtuh

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAHAYA...Sebuah rumah yang hampir musnah akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur malam Jumaat. - FotoBERNAMA
BAHAYA...Sebuah rumah yang hampir musnah akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur malam Jumaat. - FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Penghuni 46 buah rumah di kawasan Bukit Setiawangsa dipindahkan bagi mengelak berlakunya gelongsoran tanah yang aktif berikutan benteng konkrit di kawasan itu runtuh, malam Jumaat.

Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin berkata, hanya rumah dan lot kedai berhadapan kawasan runtuhan itu terlibat.

"Beberapa rumah lain di kawasan tersebut tidak terjejas, penghuni boleh balik ke rumah masing-masing dan bergerak bebas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Fauziah berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membina laluan alternatif untuk memudahkan proses keluar masuk penduduk selain mengurangkan kesesakan memandangkan laluan utama perlu ditutup.

DBKL turut menyediakan makanan dan pusat komuniti untuk menempatkan penduduk yang terjejas.

Bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) masih memantau situasi tersebut dan membawa masuk jentera berat ke kawasan runtuhan akan menjadi sukar.

Pada masa ini, kira-kira 40 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), DBKL, Rela dan JKR berada di kawasan terbabit.

Menurut pihak berkuasa di kawasan runtuhan, penghuni yang diarahkan berpindah tinggal dengan ahli keluarga mereka yang lain.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan