LHDN Kutip Cukai RM124.69 Bilion, Lepasi Sasaran

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip cukai sebanyak RM124.69 bilion sehingga Jumaat, dan jumlah itu melepasi unjuran yang dibuat oleh Kementerian Kewangan untuk tahun ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, prestasi cemerlang agensi itu sekali gus melepasi unjuran RM123.82 bilion, selepas semakan semula unjuran asal sebanyak RM109.09 bilion.

"LHDN berjaya melepasi sasaran kerajaan. Jumlah hasil kutipan cukai ini meningkat sebanyak 13.76 peratus berbanding RM109.61 bilion pada 2011. Kutipan bagi tahun 2011 itu telah meningkat sebanyak 26.72 peratus berbanding kutipan berjumlah RM86.49 bilion yang dipungut pada 2010," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata, kejayaan cemerlang LHDN itu didorong beberapa strategi yang digariskan, termasuk penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk 10 aktiviti cukai, yang meliputi Kutipan Hasil, Akaun Belum Terima, kecekapan Kos Pungutan, Audit Luar, Bayaran Balik, Siasatan, memperluaskan asas cukai, perkhidmatan elektronik LHDN, latihan dan kompetensi pegawai serta kakitangan agensi itu.

Selain itu di peringkat LHDN, Jawatankuasa Pemantauan KPI akan membuat pemantauan setiap dua minggu bagi memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai, katanya.

Sementara itu, dalam aspek penguatkuasaan, agensi itu meluaskan tindakan audit dengan menumpukan kepada kes yang berimpak tinggi, dan berjaya menyelesaikan 1.89 juta kes, yang membabitkan RM2.94 bilion, selain penyelesaian kes siasatan berprofil tinggi melibatkan sejumlah RM653 juta.

"Peningkatan sebanyak 636,204 kes atau 50.42 peratus berbanding prestasi tahun lepas sekali gus meningkatkan hasil sebanyak RM207 juta," katanya.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata, aktiviti pungutan turut dipantau yang melibatkan bayaran anggaran cukai syarikat, individu serta potongan cukai bulanan, selain memantau ansuran bagi kes tunggakan hasil.

Beliau berkata, kecekapan sistem perkhidmatan kepada pembayar cukai turut dipertingkatkan dengan penyediaan pelbagai perkhidmatan elektronik seperti e-Filing, e-Daftar dan e-Bayaran selain proses pembayaran balik cukai juga dipercepat dan dipermudah melalui pertukaran dana elektronik (EFT).

Perkhidmatan elektronik memberi kesan peningkatan kecekapan perkhidmatan kepada pembayar cukai dan turut meningkatkan pematuhan pembayar cukai terhadap peraturan serta undang-undang percukaian, katanya.

"Sehingga 30 November lepas, LHDN telah memproses 98.46 peratus bayaran balik daripada kes yang layak dibayar balik. Bilangan bank yang menjadi ejen kutipan LHDN juga kita tingkatkan. Ketika ini 11 bank dan Pos Malaysia terlibat sebagai ejen kutipan," katanya.

Pada Mac lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan LHDN meningkatkan kutipan hasil pada 2011 hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2010, merupakan satu pencapaian luar biasa.

Najib berkata, kejayaan badan itu mengutip hasil RM109.7 bilion bagi tahun 2011 bukan sahaja membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat malah dapat memberi rangsangan kepada sektor swasta untuk meningkatkan pelaburan mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan