KMPP Desak Guan Eng Tarik Balik Kenyataan Berhubung Kalimah Allah

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) pada Sabtu mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menarik balik kenyataannya yang membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dan seterusnya memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini.

Presiden KMPP Rahmad Isahak mendakwa kenyataan yang berunsur psikologi secara senyap itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam selain turut menimbulkan rasa kurang senang masyarakat bukan Islam yang cintakan keharmonian beragama di negara ini.

"Jangan mempersendakan kalimah Allah dengan tujuan meraih simpati di atas landasan politik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Rahmad menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai mencabuli perkara yang telah termaktub dalam peraturan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

"Di peringkat kerajaan negeri, umum telah sedia maklum bahawa Majlis Agama Islam Negeri telah memuktamadkan 40 perkataan yang tidak boleh digunakan oleh agama lain termasuk kalimah Allah, semasa kerajaan pakatan rakyat berkuasa serta telah dipersetujui oleh ketua menteri sendiri.

Jadi kenapa perkara yang telah dipersetujui itu dicabuli?," katanya.

Rahmad mendesak Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Abdul Malik Abul Kassim dan Naib Pengerusi DAP Senator Dr Ariffin S.M Omar memberi reaksi terhadap kenyataan Lim itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan