Hampir 90,000 Pengguna Di 82 Kawasan Di KL, Gombak Putus Bekalan Air

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 89,760 pengguna air di 82 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai pukul 8 pagi Sabtu ekoran kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa Maju pada Jumaat.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata gangguan berkenaan melibatkan sejumlah 28 kawasan di Kuala Lumpur termasuk Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Jalan U-Thant, Jalan Ampang Hilir dan Bandar Permaisuri.

"Di Gombak dan Ampang sejumlah 54 kawasan menghadapi gangguan bekalan air termasuk Jalan Ampang, Bandar Baru Ampang, AU1 hingga AU5 Keramat dan Wangsa Melawati.

"Turut terlibat Kampung Kemensah, Pinggiran Ukay, Ukay Heights, Desa Setapak, Kampung Ampang Campuran dan Sri Rampai.

Ketika dihubungi beliau menjelaskan pihak Syabas belum dapat menjangkakan bila gangguan berkenaan akan pulih sepenuhnya.

Katanya rumah pam Wangsa Maju menghadapi masalah teknikal kerana beroperasi secara melebihi kapasiti bagi menampung permintaan bekalan air dari pengguna Kuala Lumpur dan Gombak.

"Syabas bersama kontraktor yang dilantik telah mengambil tindakan segera dan sedang menyelesaikan masalah tersebut. Syabas memantau keadaan ini berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

"Sebanyak enam buah lori tangki disediakan untuk membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat dan penambahan jumlah tangki akan dibuat dari semasa ke semasa bergantung kepada keperluan," jelas beliau.

Beliau berkata Syabas berharap para pengguna dapat menggunakan air sebaik mungkin dan secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman sosial Facebook dan Twitter Syabas dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan