Dokumentasi Standard Bagi Perjanjian Pinjaman Perumahan - Berita Semasa | mStar

Dokumentasi Standard Bagi Perjanjian Pinjaman Perumahan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua institusi perbankan dikehendaki menerima pakai dokumentasi yang standard bagi perjanjian pinjaman perumahan konvensional dan pembiayaan rumah bagi jumlah pokok sebanyak RM500,000 ke bawah.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata standard itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari tahun depan.

Ia berkata jumlah pokok ini hanya merujuk kepada amaun pinjaman untuk harga pembelian harta kediaman sahaja.

Bagaimanapun, pinjaman atau pembiayaan itu boleh digunakan untuk menampung kos pengubahsuaian, Asurans Gadai Janji Berkurangan Tempoh (MRTA) atau premium insurans lain yang serupa, yang dibenarkan oleh institusi perbankan dan bayaran guaman yang ditanggung berikutan pembelian harta kediaman tersebut.

"Objektif utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan pemahaman peminjam tentang terma dan syarat utama perjanjian pinjaman, termasuk tanggungjawab dan obligasi peminjam dan pembiaya di bawah perjanjian tersebut.

"Inisiatif ini merupakan usaha bersama antara Bank Negara Malaysia, PEMUDAH dan industri kewangan yang bertujuan menggalakkan keberkesanan dalam proses perniagaan untuk mempertingkat kualiti penyampaian perkhidmatan dalam sektor perkhidmatan kewangan," katanya.

Bank pusat itu berkata, institusi perbankan dikehendaki menggariskan terma dan syarat utama secara konsisten dengan menggunakan templat yang disediakan oleh Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (ABM) setelah berunding dengan BNM.

"Inisiatif ini akan mengurangkan risiko peminjam akibat tidak memahami sepenuhnya terma kontrak perjanjian mereka disebabkan oleh perbezaan huraian dan peletakan terma dan syarat utama antara satu bank dengan yang lain, serta penggunaan bahasa yang tidak jelas atau kompleks," tegasnya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan