Biar Tarikh PRU-13 Terus Jadi Teka-Teki - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2013, tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) masih menjadi teka-teki umum.

Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyhiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU Ke-13.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU Ke-13 akan diadakan pada tahun depan.

"Bolehlah buat teka-teki tarikhnya bila... Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat (umum tarikh sebenar), kita tak ada 'fun' lagi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini, Jumaat.

Timbalan perdana menteri berkata, orang ramai, termasuk ahli politik harus bersabar menunggu pengumuman rasmi perdana menteri mengenai tarikh PRU Ke-13.

"Kita tahu perdana menteri akan putuskan, cuma tinggal bulan dan minggu sahaja (belum umum). Bila masa yang paling sesuai, saya fikir tunggu sahajalah," katanya.

Apabila ditanya sama ada perdana menteri akan menunggu sehingga Parlimen terbubar secara automatik pada April tahun depan, Muhyiddin berkata: "saya tidak tahu".

"Apa yang saya tahu, kalau Perdana Menteri tidak jawab, takkan saya nak lebih pandai daripada Perdana Menteri. Tunggu sahajalah," katanya.

Mandat kerajaan akan berakhir pada 28 April tahun depan dan secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 29 April. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan