Benteng Runtuh Di Bukit Setiawangsa Tidak Penuhi Garis Panduan Terkini

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Benteng konkrit yang runtuh di Bukit Setiawangsa di sini pada lewat Jumaat tidak memenuhi garis panduan yang ditetapkan, akui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, benteng itu dibina pada tahun 1992 tetapi sekiranya pemaju memohon untuk membinanya pada hari ini, maka ia tidak akan diluluskan.

"Adalah benar bahawa benteng berkenaan tidak memenuhi garis panduan terbaru majlis itu, yang dilaksanakan dua tahun lalu.

"Disebabkan kejadian ini, kita akan mengkaji semua pembangunan di cerun bukit yang lain dengan benteng-benteng yang dibina sebelum garis panduan 2010," katanya kepada sidang media di sini Sabtu.

Beliau mengesahkan bahawa setakat ini tujuh rumah terjejas teruk manakala 57 keluarga lain telah dipindahkan.

"Ia merupakan langkah keselamatan kerana menjadi sangat berbahaya sekiranya benteng berkenaan benar-benar runtuh.

"Kami akan mengesahkan bilangan keluarga yang terlibat dalam pemindahan esok (Ahad)," katanya sambil menambah bahawa sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menangani masalah tersebut.

Sebuah benteng konkrit di kawasan itu runtuh lewat Jumaat ekoran hakisan tanah, mengakibatkan beberapa penduduk dipindahkan dan beberapa banglo musnah.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan