6,000 Peluang Pekerjaan Ditawarkan Sempena Karnival Sayangi Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 29 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebanyak 6,000 peluang pekerjaan ditawarkan terutamanya kepada golongan belia lepasan sijil dan diploma sempena Karnival Sayangi Selangor selama empat hari bermula Sabtu di I-City, Seksyen 7 di sini.

Presiden Majlis Belia Selangor (MBS) Datuk Imorhizam Ibrahim berkata peluang pekerjaan itu ditawarkan menerusi kaunter Jobs Malaysia yang dibuka dengan kerjasama MBS membabitkan 30 syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata orang ramai terutamanya golongan muda boleh menggunakan peluang ini untuk mencari pekerjaan melalui temuduga terbuka sepanjang karnival itu berlangsung.

"Mereka yang berminat boleh mengunjungi kaunter di Dataran Digital I-City, isi borang dan akan ditemuduga oleh wakil syarikat berkenaan," katanya dalam sidang media di tapak karnival itu.

Imorhizam berkata keputusan temuduga juga akan dimaklumkan pada hari yang sama kepada calon terbabit.

Beliau berkata sambutan yang diberikan sangat memberangsangkan apabila seramai 2,000 orang telah mendaftar dalam tempoh dua jam kaunter itu dibuka pada Sabtu.

Afiqah Yaacob, 25, dari Shah Alam berkata kaunter Jobs Malaysia yang diadakan sangat berfaedah dan membuka peluang kepada mereka yang masih mencari pekerjaan mencuba nasib dengan tawaran pekerjaan yang diberikan.

"Saya menyambut baik usaha ini dan berharap kalau boleh pada masa hadapan akan ada lebih banyak syarikat yang ambil bahagian dan menawarkan pekerjaan bagi kelulusan ijazah juga, kerana ramai yang mempunyai ijazah turut hadir pada hari ini," kata lulusan Ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

M. Tamilmoha, 27, yang tidak melepaskan peluang itu berkata beliau mengisi borang dengan empat buah syarikat dan yakin akan mendapat peluang berdasarkan respons yang diberikan.

Sementara itu, Irmohizam berkata lebih 2,000 belia menyertai 'Larian Keamanan Gaza' sempena pembukaan karnival itu yang antara lain bertujuan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada penduduk Gaza.

Tabung derma turut disediakan di kaunter Aman Palestin sepanjang karnival berlangsung, katanya.

Selain itu, Puteri Umno Selangor membuka kaunter pemeriksaan kesihatan dan derma darah dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Pusat Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam.

Penolong Setiausaha Puteri Umno Selangor, Shuratini Ab Rahman berkata, antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan darah tinggi dan Indeks Jisim Badan (BMI).

Antara acara menarik malam ini ialah Pertandingan Gendang Cina dan India serta persembahan pentas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan