Waktu Operasi Perkhidmatan Kaunter Pos Malaysia Dilanjutkan Awal Tahun Depan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia akan melaksanakan waktu operasi baru untuk perkhidmatan mel dan kaunter bermula Januari depan.

Awal bulan ini diumumkan bahawa posmen di seluruh negara akan bekerja lima hari seminggu berbanding enam hari sebelum ini bermula 1 Januari (1 Februari untuk Sabah dan Sarawak).

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, penyelarasan itu dibuat sebagai respons kepada tabiat penghantaran mel yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.

"Ia pada asasnya sebahagian inisiatif untuk menyelaraskan trend semasa tabiat penghantaran mel. Kita boleh melihat jumlah sebenar mel terus merosot sepanjang tahun," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Mohd Shukrie berkata jumlah mel menurun sebanyak 3% setiap tahun sejak 2007 dengan Pos Malaysia mengendalikan kira-kira 1.1 bilion mel tahun lalu.

Bermula 1 Januari 2013, pejabat pos di Semenanjung Malaysia (kecuali Kedah, Kelantan, Terengganu) akan beroperasi pada pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat manakala 8.30 pagi hingga 1.00 petang pada Sabtu.

Manakala bagi cawangan Sabah dan Sarawak, pejabat pos akan beroperasi bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang (Isnin - Jumaat) dan 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari pada Sabtu, bermula 1 Februari 2013.

Pejabat pos mini dan yang terletak di pusat membeli-belah akan beroperasi seperti biasa.

Perkhidmatan PosLaku tidak akan terjejas dengan penyelarasan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan