Sesi Persekolahan Boleh Ditangguh Sehingga Banjir Pulih - Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sesi persekolahan bagi sekolah yang dijadikan pusat penempatan mangsa banjir yang sepatutnya bermula 1 Jan ini akan ditangguhkan sehingga banjir kembali pulih.

Beliau berkata penangguhan itu hanya melibatkan sekolah yang dilanda banjir dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun berkata penangguhan sesi persekolahan itu tidak membabitkan sekolah yang terselamat daripada bencana itu.

"Sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan (mangsa banjir) tak perlu dibuka awal (1 Jan), lewat sehari dua pun tak apa.

"Kalau banjir surut, boleh buka (sekolah) semula, manakala sekolah-sekolah yang tak terlibat dengan banjir akan dibuka seperti biasa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan sebahagian daripada mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok dekat sini Khamis.

Beliau turut meninjau keadaan banjir di SK Bukit Mentok yang terletak berdekatan serta kawasan sekitar yang dilanda bencana itu.

Kunjungan Muhyiddin ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman diiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud serta Menteri Belia dan Sukan merangkap Anggota Parlimen Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir, Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Pusat penempatan banjir di SMK Bukit Mentok di sini menempatkan 5,879 penduduk melibatkan 1,365 keluarga.

Muhyiddin berkata pihaknya juga menyerahkan kepada semua pengarah pelajaran negeri untuk memutuskan sama ada perlu menangguhkan sesi persekolahan murid pada 1 Jan.

"Kita dah arah pengarah-pengarah pelajaran negeri buat keputusan sendiri untuk tangguh dulu persekolahan, tengok pada keadaan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan