Kehidupan Orang Asli Terancam

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktiviti pembalakan di Kg Angkek dan Kg Podek di RPS Kuala Betis menjejaskan bekalan air masyarakat orang asli.
Aktiviti pembalakan di Kg Angkek dan Kg Podek di RPS Kuala Betis menjejaskan bekalan air masyarakat orang asli.

GUA MUSANG: Bantahan bertahun-tahun lamanya ternyata sia-sia bagi kira-kira 10,000 orang asli yang hidup dalam keadaan terancam akibat kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan di Kelantan.

Aktivis orang asli yang mendakwa kerajaan negeri tidak mengendahkan rungutan mereka kini sedang berusaha untuk mempertahankan hak tanah mereka diiktiraf di sisi undang-undang.

Salah seorang aktivis, Dendy Johari, 20, mendakwa bahawa pentadbiran Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz tidak menjalankan tanggungjawab dalam menjaga kebajikan mereka.

"MB harus memahami masalah kami kerana ia memberi kesan secara langsung kepada kami setiap masa. Kami tidak tamak untuk memiliki banyak tanah.

"Kami hanya mahu kawasan tanah kami dikekalkan dan tidak diusik.

"Kami hanya mahu hidup dalam hutan yang penuh dengan sumber alam semula jadi."

Dia berkata, masyarakat orang asli turut kecewa dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri kerana tidak membantu mereka meskipun aduan mengenai kegiatan pembalakan itu dibuat.

Tangki air dipasangkan di perkampungan tersebut pada 2010 tetapi bekalan air akan habis dalam tempoh seminggu, dakwanya.

"Kami bergurau bahawa tangki air di kampung ini hanyalah barang perhiasan semata-mata. Apa kegunaan tangki air itu?

"Kami masih lagi bergantung dengan bekalan air dari sungai," katanya.

Sementara itu, seorang lagi aktivis, Awir Awe berkata, kampung mereka yang dahulunya dikelilingi hutan sudah diterokai untuk pembukaan kawasan perindustrian.

Kegiatan itu menjejaskan kehidupan penduduk orang asli yang bergantung sepenuhnya kepada sumber hutan untuk mendapatkan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian mereka.

Kegiatan pembalakan itu, dakwanya, turut mengeruhkan air sungai manakala penggunaan racun perosak di ladang-ladang mencetuskan kebimbangan mengenai pencemaran air dan masalah kesihatan.

Awir merupakan antara mereka yang berjuang untuk menuntut hak tanah mereka supaya diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Memorandum telah dihantar, bantahan turut dilakukan dan aduan sudah dibuat tetapi tidak diendahkan, dakwanya.

"Kami sedang mengumpul bukti sejarah pekerjaan kami di kawasan ini. Selepas itu kami akan membawa perkara ini ke mahkamah, kami tidak akan berputus-asa," katanya.

Menurut Awir, kronologi kegiatan pembalakan turut didokumen termasuk butiran syarikat terlibat dan aduan yang telah dibuat.

Akibat aktiviti pembalakan itu, Awir berkata, haiwan liar seperti tupai, monyet dan babi hutan yang diburu sebagai sumber makanan mereka semakin berkurangan.

"Aktiviti memburu mengambil masa selama enam jam. Apabila air sungai menjadi keruh, nasi yang dimasak bertukar kemerahan kerana kami tiada bekalan air lain," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan