Karnival Sayangi Selangor Dijangka Tarik 500,000 Pengunjung - Berita Semasa | mStar

Karnival Sayangi Selangor Dijangka Tarik 500,000 Pengunjung

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Karnival Sayangi Selangor yang akan berlangsung selama empat hari di I-City, Seksyen 7 di sini mulai Sabtu.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang karnival yang akan diadakan sehingga 1 Januari depan.

Beberapa artis tempatan seperti Alyah, Fiq, Logeswaran, Suki, Black & Modread dan Jinbara akan membuat persembahan pada sambutan ambang Tahun Baru di samping penampilan istimewa dari artis Bollywood.

Aktiviti lain termasuk pertandingan kaligrafi, memasak, tarian singa, dram Cina dan India serta pertunjukan kebudayaan.

Sepanjang empat hari itu, karnival kerjaya dan 132 gerai oleh industri kecil dan sederhana serta agensi kerajaan turut disediakan.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata karnival itu disasarkan kepada keluarga muda.

"Kami mensasarkan mereka yang berusia 40 tahun dan ke bawah serta mahu mereka mambawa keluarga bersama," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di tapak karnival itu di sini Jumaat.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan