Idris Jusoh Nasihat Anggota PAS Agar Tinggalkan Parti

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh menasihatkan anggota PAS yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, mendakwa PAS sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin PAS kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.

"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya.

Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di sini, Jumaat.

Katanya amanat dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.

Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PAS itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.

Idris juga menasihatkan anggota PAS supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa panjang.

Pada majlis itu, seramai 270 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya, golongan miskin, ibu tunggal dan remaja menerima RM300 tiap seorang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan