Banjir Semakin Pulih Di Pantai Timur

Diterbitkan: Jumaat, 28 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Pahang, Kelantan dan Terenganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang dipindahkan terus menurun, pagi Jumaat.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri berkenaan, jumlah terkini mangsa yang dipindahkan ialah 22,093 orang berbanding 23,235 malam Khamis.

Seramai 410 mangsa dicatat pagi Jumaat di Pahang berbanding 435 orang malam tadi, sementara Kelantan merekodkan 6,457 orang berbanding 7,000 orang malam tadi dan di Terengganu, seramai 15,226 mangsa berbanding 15,800 orang.

Di PAHANG, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata seramai 366 mangsa daripada 91 keluarga dari enam buah kampung ditempatkan di daerah Kuantan iaitu di SK Galing, Balai Raya Kampung Soi, Balai Raya Kampung Pahang dan SMK Gudang Rasau.

"Manakala, baki 44 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di SK Sinar Mutiara di daerah Pekan," katanya.

Katanya, semua jalan utama di negeri itu boleh dilalui oleh semua kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Pahang sehingga kini.

Di KELANTAN, seramai 6,457 mangsa banjir dari lebih 2,000 keluarga ditempatkan di 24 pusat pemindahan iaitu di Pasir Mas (3,775 orang), Tumpat (2,467), Kota Baharu (197) dan Pasir Puteh (18).

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, selain Sungai Golok, semua paras air sungai utama yang lain telah susut ke paras normal.

Portal itu juga melaporkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan di Kelantan dan cuaca pada pagi ini adalah cerah.

Zon bebas cukai di pekan Rantau Panjang dilaporkan masih lagi digenangi air dan sebahagian besar peniaga di zon itu masih menutup perniagaan mereka.

Di TERENGGANU, semua pusat penempatan di daerah Besut telah ditutup dan semua mangsa banjir dibenarkan pulang lewat petang semalam berikutan air telah surut.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berkata baki mangsa terakhir di Besut yang dibenarkan pulang semalam adalah 31 orang dari 5 keluarga.

Beliau berkata banjir di daerah lain seperti Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu kian surut kecuali daerah Kemaman dan Dungun yang sebaliknya bertambah buruk.

Sehingga 8 pagi Jumaat, Kemaman mencatatkan mangsa tertinggi yang dipindahkan iaitu seramai 11,106 membabitkan 2,563 keluarga dan Dungun 4,120 orang (1,021 keluarga).

Sementara keadaan di daerah lain beransur baik dan mangsa yang berada di pusat penempatan semakin kurang dengan Kuala Terengganu (987 orang), Setiu (96), Hulu Terengganu (77) dan Marang (27) orang.

Sehingga kini, 68 pusat penempatan banjir masih beroperasi iaitu di Dungun (36), Marang (satu), Kemaman (21), Kuala Terengganu (enam) dan masing-masing dua di Hulu Terengganu dan Marang.

Dalam pada itu, Jalan Felda Neram di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan kerana tanah runtuh dan Jalan Tepus ke Kuala Jengai, Dungun iaitu Km 14 juga ditutup pagi ini kerana dinaiki air.

Banjir di Terengganu telah meragut lima nyawa setakat ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan