PAS Desak JPJ Tidak Terus Keluarkan Saman AES

Diterbitkan: Khamis, 27 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak sepatutnya mengeluarkan lagi saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) pada masa ini sehingga keputusan terbaru mengenai arahan penangguhan prosiding saman oleh Jabatan Peguam Negara diumumkan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya surat saman terus dikeluarkan, lambakan kes prosiding di mahkamah akan berlaku.

"Bila saman ditangguhkan, JPJ tidak boleh mengutip kompaun sehingga Jabatan Peguam Negara mengumumkan kedudukan terbaru mengenai perkara itu.

"Tindakan ini tidak wajar (apabila) prosiding ditangguhkan tetapi kompaun dikutip," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Khamis.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menangguhkan semua prosiding berkaitan saman AES buat sementara sehingga beberapa isu berkaitan undang-undang dan teknikal diselesaikan.

Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) berkata, apabila prosiding saman AES ditangguhkan, saman baru tidak patut dikeluarkan manakala saman lama sepatutnya dibatalkan.

"Oleh kerana prosiding saman ditangguhkan, maka anda tidak perlu membayar saman tersebut sehingga keputusan baru mengenainya diumumkan," katanya.

Beliau berkata, jumlah saman yang diterima KASE meningkat dari semasa ke semasa.

"Jika sebelum ini, sebanyak lebih 200 saman diserahkan kepada wakil KASE PAS, jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari," katanya.

Bagaimanapun dalam laporan portal The Malaysian Insider pada Rabu lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dipetik sebagai berkata, saman AES akan terus dikeluarkan meskipun Jabatan Peguam Negara mengarahkan penangguhan prosiding saman tersebut.

"Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong merujuk kepada kelulusan perbelanjaan dianggarkan kementerian itu di bawah Bajet 2013 bulan lepas.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kesal dan kecewa dengan kenyataan Kong di mana tindakan itu hanya akan menyusahkan orang ramai.

"Saya kecewa dan kesal dengan kenyataan Menteri Pengangkutan untuk meneruskan operasi AES. Tindakan itu akan menyulitkan mahkamah (lambakan kes) dan menyusahkan orang ramai.

"Saya sedia berdebat secara terbuka dengan seorang bertaraf menteri mengenai perkara itu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan