Kerajaan Ada Perancangan Untuk Jamin Kemakmuran Rakyat

Diterbitkan: Khamis, 27 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Kerajaan sedaya upaya mahu memajukan negara menerusi pelbagai perancangan jangka masa pendek dan panjang yang diatur termasuk menyatupadukan kaum sebagai salah satu bukti kebijaksanaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kepekaan kerajaan jelas terbukti melalui pewujudan pelbagai kemudahan termasuk Belanjawan 2013 Negeri Sabah yang memperuntukkan RM4.088 bilion bagi memakmurkan negeri ini.

"Keamanan negara tanpa huru-hara menjadi salah satu faktor utama negara menjadi tumpuan utama pelancong dan pelabur asing.

"Pelaburan dan sektor pelancongan yang menggalakkan akan membuka peluang pekerjaan serta perniagaan kepada rakyat khususnya di negeri Sabah," katanya ketika berucap pada Program SHAP Daerah Mengundi Sungai Padas, di sini Khamis.

Sehubungan itu, Musa berkata rakyat perlu terus saling membantu antara satu sama lain bagi memupuk perpaduan kaum yang dilihat sebagai salah satu faktor utama keamanan negara.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat Sabah khususnya agar bijak mengekalkan perpaduan dan tidak sesekali mempertaruhkan masa depan negara selain terpengaruh dengan anasir luar.

Pada majlis pemimpin bersama rakyat itu, Musa menyampaikan bantuan berupa peralatan sekolah kepada 70 murid yang akan memasuki alam persekolahan pada sesi yang bermula Rabu ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan