Kementerian Kesihatan Keluar Kompaun RM7.67 Juta

Diterbitkan: Khamis, 27 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan 16,786 kompaun bernilai RM7,67 juta dari Januari sehingga November tahun ini melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak denggi.

Menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan, dalam tempoh yang sama 1,651 kes terbabit didaftarkan untuk tindakan mahkamah manakala 769 kes disabitkan kesalahan telah dikenakan denda berjumlah RM279,920.

“Sepanjang bulan November sahaja, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan 1,271 kompaun bernilai RM596,750 melalui tindakan penguatkuasaan yang sama.

"Sebanyak 115 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah manakala 83 kes yang disabitkan kesalahan dikenakan denda berjumlah RM37,480,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan berkata, 28,062 notis kesalahan telah dikeluarkan melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 sepanjang Januari sehingga November tahun ini.

Menurut kenyataan itu, dalam tempoh yang sama, 15,020 kesalahan telah dikompaun dengan nilai RM3.38 juta.

“Bagi bulan November sahaja, Kementerian Kesihatan telah membuat 5,600 lawatan pemeriksaan dan sejumlah 2,165 notis kesalahan dikeluarkan. Dalam tempoh yang sama, 1,126 kesalahan telah dikompaun berjumlah RM269,230," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia.

“Tindakan penguatkuasaan merupakan pilihan terakhir yang diambil Kementerian Kesihatan. Orang ramai serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan pelaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum,” kata kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan