Jabatan Siasatan Jenayah Ambil 400 Penyiasat Baru

Diterbitkan: Khamis, 27 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Usaha polis untuk membanteras jenayah akan diransang dengan pengambilan seramai 400 penyiasat muda baru yang terlatih oleh Jabatan Siasatan Jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, 200 sarjan polis dengan diploma dan 200 inspektor dengan ijazah akan diserap oleh jabatan beliau pada Januari untuk meningkatkan keupayaan siasatan.

Beliau berkata, sarjan akan dibawa masuk sebagai Penolong Pegawai Penyiasat (AIO) dan Inspektor akan bergelar Pegawai Penyiasat (IO).

"Kita harap dengan penambahan itu, setiap AIO dan IO akan mampu untuk mengendalikan lima kes sebulan berbanding purata semasa antara 10 dan 15 kes bagi setiap IO," katanya kepada pemberita selepas taklimat kepada kakitangan Jabatan Siasatan Jenayah Sabah mengenai sasaran jabatan bagi 2013.

"Kami mahu mencapai 30% kadar pertuduhan pada tahun 2013," katanya, sambil menambah bahawa polis telah mencapai sasaran mereka 25% kadar pertuduhan pada tahun 2012. Selain daripada meningkatkan kapasiti siasatan, Bakri berkata, mereka juga melihat pengukuhan sistem penyampaian dengan menumpukan kepada siasatan forensik serta meningkatkan rondaan di kawasan perumahan dalam usaha untuk menangani kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Bakri juga berkata, Jabatan Siasatan Jenayah akan mengeluarkan sebuah buku kecil kepada orang awam mengenai pencapaian pelbagai jabatan dalam menangani jenayah.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan