Gaji Minimum Di Stesen Minyak Akan Dilaksana Mulai 1 Januari - Berita Semasa | mStar

Gaji Minimum Di Stesen Minyak Akan Dilaksana Mulai 1 Januari

Diterbitkan: Khamis, 27 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,600 stesen minyak di seluruh negara akan menetapkan gaji minimum untuk pekerja mereka, mulai 1 Januari 2013.

Gaji di stesen minyak di Semenanjung akan dinaikkan sehingga RM900, manakala Sabah dan Sarawak pula sehingga RM800.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, langkah itu dijangka meningkatkan kos operasi sebanyak 30%.

"Kos operasi akan naik, bukan gaji sahaja, tetapi juga KWSP, Perkeso, kadar lebih masa lebih tinggi... keseluruhan struktur, segala-galanya akan meningkat," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata, hasilnya, premis akan perlu mengurangkan kos, termasuk menaik taraf semua stesen dengan kemudahan layan diri dan mengurangkan tenaga kerja.

Hashim berkata, beliau menjangkakan separuh daripada semua pekerja asing yang bekerja di premis itu tidak akan diperbaharui kontrak mereka.

Dianggarkan 70% daripada pekerja 50,000 stesen minyal Malaysia adalah warga asing.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan