Pegawai Penerangan Berperanan Jawab Tomahan Pembangkang Terhadap Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 26 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Para pegawai di Jabatan Penerangan Malaysia, yang berperanan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat, perlu lebih berupaya memberi jawapan dengan dilengkapi fakta bagi menjawab segala tohmahan pembangkang terhadap kerajaan terutamanya dalam media sosial.

Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan berkata dalam keadaan sekarang, mereka yang melemparkan tuduhan tidak perlu mengemukakan bukti, sebaliknya kalangan yang dituduh misalnya kerajaan pula perlu mengemukakan fakta bagi membuktikan tuduhan itu palsu.

Sebagai contoh, baru-baru ini pembangkang mendakwa 300,000 masyarakat India di Malaysia masih tidak mendapat kad pengenalan atau surat beranak sedangkan hasil semakan Kementerian Dalam Negeri mendapati jumlah itu hanya 15,000 sahaja, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan tengah hari Media Baru dan Perhubungan Awam anjuran Jabatan Penerangan Selangor dan Kumpulan Media Karangkraf di sini Rabu.

Kamalanathan, yang merupakan bekas pengamal perhubungan awam, berkata para Pegawai Penerangan juga boleh mengetengahkan fakta dalam bentuk pencapaian Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib rakyat di laman media sosial seperti facebook, twitter dan blog.

Mereka boleh memperincikan kejayaan kerajaan seperti statistik penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan awal persekolahan dan bantuan membaiki rumah yang uzur di kawasan masing-masing, katanya.

Kamalanathan berkata para pegawai Jabatan Penerangan yang berpengalaman di peringkat akar umbi boleh membantu membina imej calon BN yang bakal diumumkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 supaya mendapat penerimaan meluas daripada kalangan pengundi.

Pada majlis itu, Kamalanathan berkongsi pengalamannya mematahkan serangan pembangkang menerusi alam siber semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April 2010 dengan akhirnya BN berjaya merampas kembali kerusi itu daripada Parti Keadilan Rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan