Muhyiddin Lawat Mangsa Banjir Di Terengganu Khamis

Diterbitkan: Rabu, 26 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melawat mangsa banjir di Terengganu Khamis.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata Muhyiddin akan melawat daerah Kemaman yang kini terjejas teruk akibat banjir selepas kawasan Besut dan Setiu yang kini kian pulih.

Beliau memberitahu Bernama hari ini, sejurus tiba di Lapangan Terbang Kerteh, timbalan perdana menteri akan terus dibawa menaiki helikopter melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Bukit Mentok di sini.

Terdahulu Ahmad bersama isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud melawat beberapa kawasan sekitar Kemaman, antaranya pusat penempatan mangsa banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan DUN Cukai.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu Zuhari Omar.

Ahmad Shabery menyifatkan banjir yang melanda daerah ini kali ini antara yang terburuk selepas banjir besar melanda negara pada tahun 1971. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan