Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik Diberi Penghormatan Negara

Diterbitkan: Rabu, 26 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik diberi penghormatan negara dengan perarakan keranda mendiang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu dari kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort.

Perarakan bermula dengan keranda mendiang, yang dibaluti Jalur Gemilang, diusung perlahan-lahan oleh anggota dari Bahagian Istiadat Angkatan Tentera Malaysia ke dalam kereta.

Perarakan sejauh kira-kira 50km itu melalui Menara PGRM yang menempatkan ibu pejabat parti Gerakan di Cheras menuju ke Krematorium Cheras.

Kira-kira 1,000 orang hadir di kediaman mendiang untuk memberikan penghormatan terakhir.

Selain anggota keluarga dan sahabat-handai, turut menyertai perarakan itu ialah Presiden Gerakan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan A.Kohilan Pillay.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir hari ini termasuk Menteri Luar Singapura K. Shanmugam dan beberapa wakil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia.

Terdahulu anak mendiang yang juga Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin dalam ucapan euloginya menyifatkan mendiang ayahnya sebagai "seorang lelaki yang hebat dan luar biasa".

"Sebagai contoh, beliau memulakan rancangan memberikan ciri utama bagi Gerakan, bulan ke bulan, bagi membawa satu ikon yang dapat membanggakan semua anggota Gerakan dan beliau berjaya lakukannya," katanya.

Si Pin berkata, beberapa impian besar mendiang ayahnya semasa hayatnya telah tercapai, termasuk membina Menara PGRM dan Dewan Wawasan.

Mengingati semula memori lama, Si Pin memberitahu hadirin bahawa mendiang Dr Lim juga semasa hayatnya pernah dikenali sebagai doktor yang bersikap pelik.

"Semua pesakit mengingati beliau sebagai seorang doktor yang tidak akan mengenakan sebarang yuran perkhidmatan kepada mereka," katanya.

Dr Lim yang merupakan menteri kabinet selama 22 tahun, menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarganya di bilik tidurnya kira-kira pukul 5.13 petang Sabtu pada usia 73 tahun.

Berikutan jasanya yang besar kepada pembangunan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad bersetuju upacara penghormatan negara diberikan kepada mendiang sebelum mayatnya dibakar.

Dr Lim yang pernah memegang jawatan Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi dari 2004 hingga 2008 meninggalkan isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan