Kementerian Pelancongan Nafi Anjur Pesta Di Port Dickson Sabtu Lepas

Diterbitkan: Rabu, 26 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan hari ini menafikan Tourism Malaysia terlibat dalam penganjuran pesta hiburan berunsur negatif di Port Dickson, minggu lepas.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu kesal dengan tindakan sebuah syarikat yang menganjurkan pesta tersebut Sabtu lepas dan memberi gambaran salah bahawa ia disokong Tourism Malaysia.

"Kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat tersebut.

"Kementerian serta Tourism Malaysia tidak pernah menyokong kegiatan berkenaan atau memberi kebenaran untuk penggunaan logo pada acara tersebut.

Kementerian juga tidak menyokong kegiatan yang berunsurkan gejala negatif walaupun ia berlandaskan pelancongan," katanya.

Kementerian Pelancongan memandang serius perkara itu dan akan melakukan satu siasatan menyeluruh bagi mengelak insiden sedemikian terus berleluasa, sekaligus memberi persepsi buruk terhadapnya dan Tourism Malaysia.

Sebelum ini, sebuah akhbar tabloid melaporkan polis berjaya menggagalkan penganjuran pesta yang dikenali sebagai 'Moon Soon Beach Party' di Port Dickson yang lengkap dengan pentas dan minuman keras.

Penganjur pesta dikatakan mengguna nama sebuah hotel terkemuka dan Tourism Malaysia untuk menjual tiket secara dalam talian pada harga RM165 seorang. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan