Sukar Cari Lim Keng Yaik Lain - PM

Diterbitkan: Selasa, 25 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, adalah sukar untuk mencari seorang lagi tokoh seperti Tun Dr Lim Keng Yaik, bekas Presiden Gerakan yang meninggal dunia Sabtu lepas, dalam landskap politik tempatan.

"Beliau memiliki gaya yang tidak dapat ditiru dan adalah sukar untuk mencari Lim Keng Yaik yang lain dalam politik Malaysia. Jadi, beliau pasti akan dirindui dan kita akan mengingatinya untuk masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang Dr Lim di sini, Selasa.

Dengan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib berada di kediaman Dr Lim selama setengah jam.

Turut hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dr Lim, yang merupakan menteri Kabinet selama 22 tahun, menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarganya di bilik tidurnya kira-kira 5.13 petang pada usia 73 tahun.

Dr Lim, yang pernah menerajui Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi dari tahun 2004 hingga 2008, meninggalkan isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.

Najib berkata, Dr Lim merupakan seorang tokoh politik negara yang sangat dihormati dan disegani selain dikenali sebagai seorang yang mempunyai semangat dan gaya yang tersendiri dalam politik.

Katanya, mendiang mempunyai stail yang sangat menarik dan tidak takut untuk memberi pandangan dalam apa jua isu.

"Sepanjang menjadi anggota kabinet, beliau berjaya memperjuang kepentingan ekonomi negara termasuk melalui usaha menstabilkan harga komoditi negara.

"Dalam bidang politik, sebagai presiden Gerakan malah sebelum itu, beliau memberi banyak sumbangan dalam konteks memperjuangkan kepentingan Barisan Nasional dan amat mempercayai pentingnya negara kita yang berbilang kaum dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan damai," jelas Najib.

Beliau berkata, di peringkat antarabangsa, Dr Lim berjaya mewujudkan hubungan dengan beberapa negara dalam memperjuang kepentingan negara.

"Secara peribadi, saya amat terasa kehilangan Tun Dr Lim kerana beliau adalah seorang ahli politik yang melangkaui dua zaman iaitu zaman Allahyarham ayahanda saya dan zaman saya sebagai rakan dalam Kabinet sebelum ini.

"...kehilangan mendiang akan amat dirasai oleh negara dan juga saya dan isteri, secara peribadi," tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan